Jumaat, 28 September 2012

Momo's Restaurant di Birmingham

Salam semua. ketika ke Birmingham untuk ambil kakak ipar di airport pada hari saya menjejakkan kaki di bumi UK, abang bawa saya singgah di restoran Momo's. Umi pun ada pesan, kalau ke Birm jangan lupa makan di Momo's. hehe.


Restoran Momo's ni menyediakan makanan Arab. di bumi UK ni, makanan arab halal memang melambak-lambak. bukan setakat arab, semua cuisine ada. boleh pilih nak makan apa. :)


inilah restorannya..masa ni berangin, tertutup sign board kedai. malas nak snap balik. nak masuk dlm kedai cepat-cepat. sebabnya, sejukkkkkk..




ini dia menu yang ada. *klik gambar untuk gambar yang lebih besar* abang order Momo's set meal 4 dgn sandwich chicken kofta. chicken kofta tu mcm kebab kat negara kita. tu, yang berpusing-pusing kat belakang tu.. :)




bila kita order makanan, pelayan akan ambik bahan-bahan utk tempahan kita dan di grill. yang dicucuk kat batang tu namanya shawarma. ada lamb dan chicken shawarma. :) ada jugak fish and vegetables.




inilah lamb kofta, chicken kofta dan chicken steak.



ini pulak salad. setiap makanan akan diberikan salad sebagai condiments. sosnya sedap! tapi saya tak tau nama apa sos untuk saladnya.



haa inilah makanan kami! nasi untuk 4 orang di letak dalam plate besar, dicurahkan kuah, diletakkan kuzi kambing, 1/2 ekor ayam panggang, sedikit ayam kofta, ayam shawarma dan lamb shawarma.



ni pulak pelayan sedang menyediakan sandwich kami.


total harga pembelian kami 25pound. kalau kat malaysia, makanan apa la yang dapat dengan harga rm25. hanya untuk seorg makan. tak dapat untuk 4 orang makan mcm ni. -_-"


bagi sesape yang datang birmingham, bolehlah cuba makanan di restoran ni. affordable dan shedap dap dap!   hehe. 




ini dia sandwich saya kongsi dengan abang. dah kena gigit dah. hehehe. bye!



1 ulasan:

Raz berkata...

nyum3 sedapnye..bile dpt g sane nih? hehehe

jom kongsi link anda di sini! =)

HeartBeat